UKAS buat penilaian projek pemindahan air mentah Sungai Perak ke Pulau Pinang [ 7m ago ]

Angka korban letupan kilang gas Henan, China meningkat kepada 10 orang

Tarikh kemaskini: 20/07/2019
ZHENGZHOU (Henan, China), 20 Julai (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 10 orang maut, 19 cedera parah manakala lima lagi hilang dalam insiden letupan yang memusnahkan sebuah loji gas di wilayah tengah Henan pada Jumaat, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.

Satu peranti di kilang gas milik Henan Coal Gas (Group) Co Ltd, yang terletak di bandar Yima, meletup pada kira-kira pukul 5.45 petang, menurut pemerintah Bandar Sanmenxia yang mentadbir Yima.

Letupan itu turut menyebabkan sejumlah orang yang tidak diketahui bilangannya cedera ringan, menurut kerajaan tempatan.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Para penyelamat masih mencari mangsa yang hilang, kata pihak berkuasa tempatan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.

-- BERNAMA







       Berita Utama Terdahulu