Felda dalam proses nilai kerosakan akibat banjir di Kelantan [ 11m ago ]

Pejalan kaki maut dilanggar kereta di Tawau

Tarikh kemaskini: 21/07/2019
TAWAU, 21 Julai (Bernama) -- Seorang pejalan kaki maut, selepas dilangggar sebuah kereta di Kilometer 11.2, Jalan Apas, berhampiran tanah perkuburan, kira-kira jam 6.40 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Ak Umbuas berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kenderaan yang merupakan seorang pengawal keselamatan sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kilometer 6.4, Jalan Apas, menuju ke tempat kerjanya di Bandar Sri Indah.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa seorang lelaki tiba-tiba melintas jalan dari pembahagi jalan sebelum dilanggar kenderaan itu. Pemandu cuba mengelak ke sebelah kanan jalan tetapi tidak berjaya memandangkan jarak terlalu dekat.

“Akibat perlanggaran itu, pejalan kaki berkenaan terhumban sebelum tertiarap di tengah jalan raya dan mengalami cedera parah. Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu