Wilayah Ninh Binh, Vietnam promosi pelancongan guna aplikasi 'tik tok' [ 1m ago ]

Tiga maut terperangkap kebakaran

Tarikh kemaskini: 21/07/2019
KUANTAN, 21 Julai (Bernama) -- Tiga termasuk dua kanak-kanak maut dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Sungai Isap di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad berkata mangsa yang maut ialah wanita dewasa berusia dalam lingkungan 30-an dan kanak-kanak berusia 10 dan tujuh tahun.

Identiti mangsa, bagaimanapun setakat ini masih belum dapat dikenalpasti.

“Semua mangsa ditemui di sebuah rumah yang musnah 100 peratus dan mereka dipercayai terperangkap ,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu