142 nabbed in anti-drug operations [ 4m ago ]

Mary Kay Mengumumkan Penyelidikan Mengenai Fungsi Penghalang Kulit Dan Kemerahan Wajah Pada Mesyuarat Persatuan China Bagi Perubatan Integratif

Tarikh kemaskini: 13/08/2019
DALLAS, 13 Ogos (Bernama) -- Sebagai satu daripada inovator penjagaan kulit yang terkemuka di dunia di dalam industri jualan langsung dan kosmetik, Mary Kay meneruskan komitmen mereka selama beberapa dekad kepada penyelidikan sains kulit dengan mengumumkan hasil daripada satu kajian bagi meningkatkan fungsi penghalang kulit dan kemerahan wajah pada Mesyuarat Tahunan bagi Jawatankuasa Dermatologi yang dianjurkan oleh Persatuan China bagi Perubatan Integratif. Mary Kay juga merupakan satu daripada penaja bagi acara itu, yang berlangsung pada 8 hingga 11 Ogos di Lanzhou, Wilayah Gansu, China.

“Saintis-saintis Mary Kay menghabiskan masa bertahun-tahun melakukan penyelidikan kulit untuk membangunkan penyelesaian bagi manusia sebenar dan keperluan sebenar,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc. “Sebahagian daripada komitmen kami adalah untuk mengambil satu peranan aktif di dalam kecantikan dan komuniti saintifik melalui penyertaan kami di dalam persidangan dermatologi global, di mana kami boleh berkongsi dan belajar daripada pakar-pakar saintifik yang lain untuk membantu kami mengembangkan produk yang lebih berkesan dan berinovatif.”





Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu