Cheaper tickets for FIM Endurance and FIA Touring Car Cup [ 5m ago ]

Project Management Institute Mengumumkan Pengambilalihan Disciplined Agile

Tarikh kemaskini: 13/08/2019
PHILADELPHIA, 13 Ogos (Bernama) -- Project Management Institute (PMI), persatuan keahlian terkemuka dunia yang tidak mencari keuntungan bagi profesion pengurusan projek, hari ini mengumumkan pengambilalihan Disciplined Agile (DA). Set peralatan DA adalah satu-satunya badan pengetahuan (BOK) tangkas yang komprehensif di dunia yang menyediakan panduan yang jelas dan mudah dan praktikal untuk membantu individu, pasukan dan perusahaan memilih “cara bekerja” mereka dalam satu cara konteks yang khusus. Prinsip-prinsip utama bagi DA termasuk berpusatkan pelanggan, menjadi pragmatik berbanding dengan puris, menyediakan pelbagai pilihan yang tangkas dan pejal, menerapkan amalan berdasarkan konteks, dan mengoptimumkan aliran merentasi keseluruhan perusahaan. Menggunakan set peralatan DA membolehkan organisasi untuk menyesuaikan sebarang kaedah atau rangka kerja – seperti tradisional, Skrum, atau SAFe – untuk memacukan hasil yang membezakan mereka daripada pesaing mereka.

Gabungan bagi kedua-dua buah organisasi ini menawarkan satu nilai saranan yang unik dan tiada tandingannya kepada pihak berkepentingan yang komited untuk meningkatkan ketangkasan peribadi, pasukan dan perusahaan mereka.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu