Mangsa kemalangan tak sabar ke sekolah [ 3m ago ]

Polis terima laporan pergaduhan tiga lelaki di Link Kedua

Tarikh kemaskini: 13/08/2019
JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Bernama) -- Polis hari ini mengesahkan ada menerima laporan berhubung pergaduhan membabitkan tiga lelaki di Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini, yang videonya tular dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata laporan telah dibuat oleh mangsa, seorang lelaki warga Singapura berusia lingkungan 30an di balai polis berdekatan kira-kira pukul 7.37 pagi.

“Kejadian berlaku dipercayai akibat pelanggaran kereta. Mangsa dimarah dan ditumbuk sebelum kedua-dua suspek beredar.

“Kita masih menyiasat kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada tengah hari, tular pula sebuah video berdurasi 19 saat di laman Facebook yang menunjukkan dua lelaki menendang, menumbuk seorang lelaki yang berada di sebuah kereta, sebelum kedua-duanya beredar.

Kejadian dilaporkan berlaku pada malam tadi selepas mangsa dikatakan memotong dan memasuki laluan kereta suspek.

Dalam tempoh berkenaan, lalu lintas sesak di lebuhraya berkenaan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu