Noor Aziah is Suhakam commissioner for children 2019-2022 [ 7m ago ]

Kedai runcit di bangunan lama di Pekan Tuaran musnah terbakar

Tarikh kemaskini: 13/08/2019
TAMPARULI, 13 Ogos (Bernama) -- Sebuah kedai menjual barangan runcit yang beroperasi di bangunan konkrit berusia lebih empat dekad di pekan ini, musnah dalam kebakaran lewat petang tadi.

Kejadian pada kira-kira 5 petang itu disedari pemilik premis apabila api dipercayai bermula dari bahagian dapur kedai, sebelum merebak pada bahagian siling bangunan dua tingkat berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Sailin Jun berkata pihaknya menghantar dua jentera untuk memadam kebakaran, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.05 petang.

"Ketika anggota JBPM tiba di lokasi kejadian, kira-kira 20 peratus premis berkenaan musnah terbakar, manakala barangan yang ada didalamnya gagal diselamatkan pemiliknya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata anggota JBPM mengambil masa kira-kira 30 minit mengawal dan memadam sepenuhnya kebakaran itu. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu