Malaysia to see healthy investment inflow from Chinese firms in H2 - Ong [ 2m ago ]

SKMM nafi keluar surat kelulusan projek menara telekomunikasi di Sabah

Tarikh kemaskini: 13/08/2019
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ada mengeluarkan surat kelulusan bagi projek membina dan menyiapkan 25 struktur menara telekomunikasi termasuk kerja-kerja berkaitan di Semporna, Sabah.

“SKMM menegaskan bahawa penyebaran surat yang menggunakan nama Pengarah Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu adalah palsu,” kata suruhanjaya tersebut dalam satu kenyataan.

Satu laporan polis telah dibuat hari ini agar individu yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan surat palsu itu diambil tindakan sewajarnya.

Orang ramai diminta berwaspada terhadap penipuan menggunakan surat rasmi SKMM dan tanda tangan pegawainya yang kononnya, menawarkan projek.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu