Kolej Vokasional Keningau terima Anugerah Delegasi Cemerlang di Indonesia [ 2m ago ]

KIP berjaya jalani surgeri jari di Sepanyol

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
Khairul Idham Pawi
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Penunggang Moto2 kebangsaan, Khairul Idham Pawi berjaya menjalani surgeri tangan kanannya di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona, Sepanyol pada Selasa.

Surgeri selama dua jam itu bertujuan menstabilkan kecederaan pelumba Petronas Sprinta Racing itu di Spanish Grand Prix pada Mei.

ICATME Department of Traumatology, Dr Xavier Mir dan pasukannya melakukan surgeri itu dengan memasukkan skru pada tulang jari anak KIP yang disusun semula.

"KIP menjalani potongan kecil di jari anaknya tiga bulan lepas, dan kini keadaan sudah pulih,” Dr Mir disebut sebagai berkata dalam kenyataan dikeluarkan oleh Pasukan Petronas Sprinta Racing.

"Kini, surgeri kedua membantu pembinaan semula tulang itu dengan memasukkan ‘phalange’ di tempatnya," kata Dr Mir.

Sementara itu, Khairul Idham mengucapkan terima kasih kepada Dr Mir dan pasukanya kerana melakukan surgeri dengan jayanya, dan menambah beliau kini akan pulang ke tanah air untuk menjalani proses pemulihan sepenuhnya sebelum kembali beraksi.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu