China's commercial carrier rocket smart dragon-1 makes maiden flight [ 4h ago ]

Nora Anne: Debaran pada sidang media dijangka 5 petang ini

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
Oleh Hisham Rafar dan Nur Natasha Aida

SEREMBAN, 14 Ogos (Bernama) -- Polis dijangka akan mengumumkan laporan penuh bedah siasat kematian remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15, pada 5 petang ini.

Pengumuman berkenaan akan diadakan di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Selain itu, kes berkenaan mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa yang telah berkampung di HTJ sejak 7 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman berkata proses bedah siasat mayat Nora Anne akan mengambil masa lebih 3 jam.

Sehingga kini proses bedah siasat telah memasuki tempoh empat jam.

Semalam, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne,15, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8 pagi hari berikutnya.
Nora Anne

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu