Indonesia sasar sejuta tong minyak sehari pada 2030 [ 4m ago ]

5 Jam berlalu, media masih menunggu

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
Hisham Rafar dan Nur Natasha Aida

SEREMBAN, 14 Ogos (Bernama) -- Petugas media tempatan dan antarabangsa kini sedang menanti perkembangan terkini bedah siasat remaja Ireland Nora Anne Quoirin yang kini memasuki lebih lima jam sejak bermula 10 pagi tadi.

Biarpun cuaca kini mula mendung di sebelah petang.

Rata-rata mereka mendengar khabar wakil kedutaan Ireland dan Perancis dijangka akan keluar daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini.

Sementara itu, polis telah memasang pita kuning sebagai kawasan media dan petugas media tidak dibenarkan berada dikawasan lain.

Semalam, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne,15, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8 pagi hari berikutnya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu