China's commercial carrier rocket smart dragon-1 makes maiden flight [ 4h ago ]

Nora Anne: Setengah jam lagi berbaki sebelum sidang media

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
Hisham Rafar dan Nur Natasha Aida

SEREMBAN, 14 Ogos (Bernama) -- Berbaki kurang setengah jam, debaran hasil keputusan kematian Nora Anne Quoirin, 15, kian dirasa dikalangan petugas media.

Cuaca yang mendung dan sekali sekala disulami guruh seolah-olah turut bersedih dengan kematian gadis istimewa warga Ireland itu.

Petugas media mula tak senang duduk dan mula mengambil tempat masing-masing.

Sidang media dijangka akan diadakan pada pukul 5 petang ini.
-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu