Mitra provides IR4.0 training for benefit of Indian community [ 2h ago ]

Nora Anne: Hujan membasahi perkarangan HTJ

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
Hisham Rafar dan Nur Natasha Aida

SEREMBAN, 14 Ogos (Bernama) -- Hujan membasahi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) petang ini.

Hujan yang sederhana lebat itu seolah-olah meratapi pemergian Nora Anne Quoirin yang ditemui mati pada semalam.

Petugas media yang membuat liputan kes berkenaan terpaksa berteduh dikawasan sekitar termasuk tangga.

Semalam, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne,15, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8 pagi hari berikutnya.

—BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu