Tindakan pelajar UMT selamatkan ikan lumba-lumba dapat pujian ramai [ 1h ago ]

Dr Wan Azizah ucap takziah kepada keluarga Nora Anne

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Nora Anne Quoirin, gadis istimewa Ireland yang ditemukan mati semalam.

“Saya amat sedih dengan kematian Nora Anne dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

“Saya berdoa agar mereka cekal menghadapi saat-saat penuh dugaan, Kita percaya pihak polis akan melakukan usaha sedaya upaya untuk merungkai kematian tragik ini,” kata beliau menerusi tweeter.

Mayat Nora Anne,15, ditemukan kira-kira dua kilometer dari The Dusun Resort, di Pantai, Nilai, tempat penginapan keluarganya sejak 3 Ogos semasa percutian mereka selama dua minggu di Malaysia.

Gadis itu dilaporkan hilang pada hari berikutnya dan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran dilancarkan segera.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu