Lima anggota polis cedera dalam insiden letupan bom di Songkhla [ 9m ago ]

Nora Anne: Wartawan antarabangsa pun berdebar

Tarikh kemaskini: 15/08/2019
Nur Natasha Aida dan Farkhan

SEREMBAN, 15 Ogos (Bernama) -- Penantian keputusan bedah siasat mayat Nora Anne Quoirin,15, yang ditemui mati Selasa lepas bukan sahaja mendebarkan petugas media tempatan, malah turut dirasai petugas media antarabangsa.

Bagi wartawan video Thomson Reuters, Jiraporn Kuhakan, beliau akui gementar menantikan laporan kepada teka teki punca kematian remaja itu.

"I’ve been here since last week. Every case is a new experience to me, same goes to this case.

"I would say I’m quite nervous on the post mortem result, but we have prepared for everything," katanya kepada Bernama.

Pada Selasa, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne,15, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8 pagi hari berikutnya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu