TFC gagal manfaat laman sendiri pada aksi suku akhir menentang JDT [ 2h ago ]

Wakil khas AS bagi Korea Utara bakal berkunjung ke Jepun, Korea Selatan

Tarikh kemaskini: 17/08/2019
WASHINGTON, 17 Ogos (Bernama) -- Wakil Khas Amerika Syarikat (AS) bagi Korea Utara Stephen Biegun akan berkunjung ke Jepun dan Korea Selatan minggu depan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jabatan Negara AS pada Jumaat.

Biegun dijangka berada di Jepun dari 19 hingga 20 Ogos dan Seoul dari 20 hingga 22 Ogos untuk bertemu para pegawai di kedua-dua negara bagi membincangkan pembasmian senjata nuklear di Semenanjung Korea, menurut kenyataan itu.

Kunjungan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan di semenanjung tersebut susulan tindakan Pyongyang melancarkan peluru berpandu jarak dekat pada Jumaat, yang keenam seumpamanya dalam tempoh tiga minggu dan dilihat sebagai satu bantahan terhadap latihan ketenteraan AS-Korea Selatan.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo minggu lepas memberitahu media bahawa beliau berharap agar Washington dan Pyongyang akan kembali ke meja rundingan pada minggu-minggu seterusnya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu