Senyuman sukarelawan lapangan terbang berjaya tenangkan penumpang - Raja Azmi [ 4h ago ]

Korea Utara dakwa uji 'senjata baharu' di bawah bimbingan Kim

Tarikh kemaskini: 17/08/2019
SEOUL, 17 Ogos (Bernama) -- Korea Utara pada Sabtu mendakwa ia telah menguji "senjata baharunya" di bawah bimbingan pemimpinnya, Kim Jong Un, yang menyaksikan pelancaran dua peluru berpandu sehari sebelum itu, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Kim "membimbing uji tembak senjata baharu itu sekali lagi pada Jumaat pagi," kata KCNA.

"Saintis pertahanan negara menunjukkan satu hasil yang sempurna dalam uji tembak itu dan membantu membina keyakinan yang lebih besar terhadap sistem senjata ini."

KCNA bagaimanapun tidak memberikan butiran lain berhubung senjata baharu itu, termasuk namanya.

Laporan itu dibuat sehari selepas tentera Korea Selatan berkata Korea Utara telah melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat berhampiran pantai timurnya.

Ia menyebut peluru itu terbang sejauh kira-kira 230 kilometer pada ketinggian maksimum 30 kilometer.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu