Lebih 1,700 tan metrik makanan disumbang melalui Food Bank Malaysia [ 6m ago ]

Presiden Namibia tiba di Tanzania untuk hadiri sidang kemuncak ke-39 SADC

Tarikh kemaskini: 17/08/2019
DAR ES SALAAM, 17 Ogos (Bernama) -- Presiden Namibia Hage Geingob tiba di Tanzania untuk menghadiri sidang kemuncak ke-39 Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) yang bermula pada Sabtu, lapor Agensi Akhbar Namibia (NAMPA).

Diiringgi isterinya Monica Geingos, Geingob mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Julius Nyerere pada Jumaat di mana mereka sambut oleh para pegawai kanan kerajaan Tanzania.

Sidang kemuncak itu diadakan di bawah tema ‘A Conducive Environment for Inclusive and Sustainable Industrial Development, Increased Intra-Trade, and Job Creation’.

Semasa sidang kemuncak itu, Geingob yang mempengerusikan Sidang Kemuncak ke-38 SADC akan menyerahkan kepengerusian bergilir setiap tahun itu kepada Presiden Tanzania John Magufuli.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Namibia dan Menteri Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa Netumbo Nandi-Ndaitwah menyerahkan kepengerusian bagi Majlis Menteri-Menteri SADC kepada Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Afrika Timur Tanzania Profesor Palamagamba John Kabudi.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu