Senyuman sukarelawan lapangan terbang berjaya tenangkan penumpang - Raja Azmi [ 4h ago ]

PM India lakukan lawatan dua hari ke Bhutan

Tarikh kemaskini: 17/08/2019
NEW DELHI, 17 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri India Narendra Modi telah melakukan lawatan negara dua hari ke Bhutan pada Sabtu atas jemputan rakan sejawatnya Lotay Tshering, lapora agensi berita China Xinhua.

Modi turut memilih Bhutan sebagai destinasi kunjungan dua hala pertama beliau selepas memulakan penggal pertama pada Mei 2014.

Pada Jumaat, Modi menulis di Twitter bahawa beliau berharap untuk mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil dengan Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, Druk Gyalpo Keempat dan rakan sejawatnya Lotay Tshering.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu