TFC gagal manfaat laman sendiri pada aksi suku akhir menentang JDT [ 1h ago ]

Agensi PBB lancar laluan elektrik di Ukraine timur

Tarikh kemaskini: 17/08/2019
KIEV, 17 Ogos (Bernama) -- Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Ukraine berjaya melancarkan satu laluan elektrik di timur Ukraine, menurut Twitter rasmi agensi itu pada Jumaat.

Laluan elektrik itu boleh menampung kira-kira 40 orang setiap hari, kebanyakannya mereka yang mempunyai masalah untuk menyeberangi pos pemeriksaan di kawasan tersebut dengan berjalan kaki.

“Ini adalah bagi membantu warga emas, wanita hamil dan orang kurang upaya ketika menyeberangi pos pemeriksaan pejalan kaki di Stanytsya Luhanska," kata Hugo Reichenberger yang merupakan pakar hubungan luar UNHCR di media sosial beliau.

Langkah pengunduran tentera telah berjaya disempurnakan pada akhir Jun di Stanytsia Luhanska, yang menandakan satu pencapaian baharu dalam resolusi konflik di timur Ukraine.

Keganasan di Donbas yang terletak di timur Ukraine meletus pada Mac 2014 apabila pejuang pemisah bertempur dengan tentera kerajaan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu