Pasukan petugas siasat sindiket jual MyKad ditubuhkan [ 2m ago ]

Kumpulan pertama jemaah haji dari Kelantan selamat tiba

Tarikh kemaskini: 20/08/2019
Kelantan
KOTA BHARU, 19 Ogos (Bernama) — Kumpulan pertama melibatkan 148 jemaah haji dari negeri ini selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) malam ini.

Timbalan Pengarah Tabung Haji Kelantan Ashrof Shamsuddin berkata, keseluruhan jemaah haji yang tiba kira-kira 8.25 malam dalam keadaan sihat.

“Ini merupakan penerbangan pulang pertama jemaah haji, kita masih mempunyai baki 12 lagi penerbangan dan yang terakhir adalah pada 29 Ogos nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di LTSIP disini malam ini.

“Kita harap semua proses berjalan lancar sehingga penerbangan terakhir memandangkan proses pada hari pertama ini lancar,” kata beliau yang juga Pengarah Operasi bagi Jemaah Haji di Kota Bharu.

Sementara itu, Salamah Jusoh,70 dari Kampung Gong Jerat ketika ditemui berkata beliau bersyukur walaupun sudah tua, namun beliau mampu selesaikan ibadat haji dengan sempurna.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar, walaupun sudah tua untuk mengerjakan haji namun ia tidak mematahkan semangat saya sepanjang berada disana,” katanya.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu