Senyuman sukarelawan lapangan terbang berjaya tenangkan penumpang - Raja Azmi [ 4h ago ]

RM34 juta bina projek tebatan banjir di Batak Rabit

Tarikh kemaskini: 24/08/2019
TELUK INTAN, 24 Ogos -- Kerajaan Persekutuan meluluskan RM34 juta baru-baru ini bagi melaksanakan projek tebatan banjir di sekitar kawasan Batak Rabit di sini sepanjang satu kilometer (km) bagi mengatasi masalah banjir.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata projek tebatan banjir itu yang akan memulakan kerja pembinaan akhir tahun ini dapat mengatasi masalah hakisan tanah dan banjir yang membelenggu penduduk sejak sekian lama.

"Apabila siapnya projek itu, ia dapat mengurangkan kejadian hakisan selain mengekalkan kualiti air sungai dan mengurangkan kerosakan harta benda penduduk.

"Menerusi projek tebatan banjir ini, kita juga akan memastikan 'design' untuk tempat pembiakan udang galah Sungai Perak dilakukan bagi menjadikan kawasan itu lokasi pembiakan udang galah terkenal, bulan lepas kita melepaskan kira-kira 100,000 benih udang galah di sekitar sungai berkenaan," katanya.

Nga, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini, hari ini.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu