Hakim gagal isytihar harta dikenakan tindakan Kod Etika Hakim 2009 [ 3m ago ]

Mahasiswa UPM dinasihati utamakan pengangkutan awam

Tarikh kemaskini: 04/09/2019

SERDANG, 4 Sept-- Pengangkutan awam wajar menjadi pengangkutan pilihan bagi mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana ia paling selamat berbanding risiko kemalangan melibatkan kenderaan persendirian, kata Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Prof Madya Dr K.C.M Kulanthayan.

Dalam taklimat Road Safety Empowerment kepada 4,000 mahasiswa yang baru mendaftar di UPM bagi sesi 2019/2020 di sini hari ini, Kulanthayan berkongsi statistik kematian tahun lepas yang dicatatkan negara iaitu 64.5 peratus melibatkan motosikal, kereta (18 peratus), pejalan kaki (enam peratus), bas 0.3 peratus dan lain-lain 11.47 peratus.

Berdasarkan statistik tersebut, Kulanthayan dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Sains Kesihatan UPM berkata pengangkutan awam didapati lebih selamat berbanding dengan mana-mana pengangkutan persendirian.

"Dari segi sainsnya pun, apabila kita duduk dalam mana-mana kenderaan yang besar, risiko kita adalah kurang berbanding dengan jika kita duduk dalam kenderaan yang kecil," katanya kepada media selepas taklimat itu.

Menurutnya, UPM juga telah memperkenalkan perkhidmatan bas untuk pelajar.

Kulanthayan berkata pelajar atau pengguna jalan raya juga terdedah dengan risiko yang lebih besar apabila berada di luar kenderaan dan dalam keadaan terdedah.

"Kami juga menyediakan lorong pejalan kaki sepanjang kampus supaya apabila mereka menggunakan lorong pejalan kaki mereka tidak berkongsi jalan tersebut dengan pengguna jalan raya yang lain dan seterusnya risiko mereka kurang," katanya.

-- BERNAMA







       Berita Utama Terdahulu