Peraturan 5 minit elak kesesakan, bukan jana lebih banyak perolehan: MAHB [ 12m ago ]

Perasmian Lebuhraya WCE Kampung Lekir-Beruas ditunda

Tarikh kemaskini: 04/09/2019
IPOH, 4 Sept -- Perasmian jajaran Seksyen 9 dan 10 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Kampung Lekir, Sitiawan ke Beruas, Perak, yang dijadualkan esok, ditunda ke satu tarikh lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari berkata tarikh baharu perasmian akan dimaklumkan kelak.

Abdul Yunus ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini bagaimanapun tidak menyatakan sebab perasmian itu ditunda.

Beliau mengulas mengenai penularan pengumuman perasmian jajaran sepanjang 45 kilometer (km) itu yang dijadual pada petang esok.

Jajaran Seksyen 9 melibatkan laluan sepanjang 28KM dari Kampung Lekir ke Changkat Cermin mempunyai empat plaza tol iaitu Plaza Tol Kampung Lekir, Plaza Tol Sitiawan, Plaza Tol Sitiawan Utara dan Plaza Tol Changkat Cermin.

Kesemua plaza tol itu disambung dengan Jajaran Seksyen 10 meliputi laluan sepanjang 17km sehingga Plaza Tol Beruas.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu