Polis Kemboja selamatkan wanita warga Thailand ditahan sebagai tebusan oleh 4 rakyat Malaysia [ 6h ago ]

Farhash diminta tampil bantu siasatan

Tarikh kemaskini: 04/09/2019
KUALA LUMPUR, 4 Sept -- Polis masih berusaha untuk mengesan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan di sebuah kompleks sukan di Ampang, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, Farhash masih belum tampil untuk membantu siasatan kes berkenaan setakat ini dan diminta berbuat demikian.

"Manakala tiga suspek kesemuanya lelaki, yang berumur 26, 28 dan 35 tahun telah menyerah diri di balai polis Ampang Jaya pukul 11.40 pagi ini. Mereka akan direman untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata kesemua mereka bekerja dalam bidang kejurulatihan Muay Thai.

"Seorang daripada mereka mempunyai beberapa rekod jenayah dadah dan jenayah serta dikehendaki oleh balai polis Cheras berkaitan kes dadah. Manakala dua lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya lagi.

Pada 9.00 malam, 31 Ogos lepas, seorang individu mengadu telah diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi dalam satu kejadian rusuhan bersenjata dipercayai melibatkan lebih 12 lelaki tempatan.

Individu itu dilaporkan mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang dan luka anggota badan.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu