Fuziah: K'jaan mahu jadikan waqaf satu 'jenama dalam keluarga' [ 6h ago ]

Dua remaja ditahan lakukan samun

Tarikh kemaskini: 04/09/2019
KUALA LUMPUR 4 Sept -- Dua remaja lelaki ditahan polis setelah melakukan kegiatan samun terhadap seorang lelaki, di Jalan 2/32, Seksyen 2, Petaling Jaya, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kejadian kira-kira jam 10 pagi itu disedari oleh kereta peronda polis (MPV) yang ketika itu sedang meronda di kawasan terbabit.

“Mangsa yang merupakan seorang buruh kasar berjalan kaki di tepi jalan itu, lalu didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal.

“Dua suspek terbabit kemudiannya melakukan samun terhadap mangsa dengan melarikan sebuah telefon bimbit milik mangsa.

“MPV yang kebetulan melalui lokasi terbabit telah terserempak dengan suspek yang berusia 21 dan 18 tahun itu lalu menahan kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Selain itu, Mohd Zani berkata pihaknya turut merampas hasil samun suspek iaitu sebuah telefon bimbit dan sebuah motosikal dipercayai digunakan suspek untuk kegiatan jenayah mereka.

Beliau berkata seorang daripada suspek itu mempunyai kesalahan jenayah lampau antaranya berkaitan pecah rumah dan samun.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan, katanya.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu