Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tersenarai dalam pencalonan Oscar 2020 [ 1h ago ]

Indonesia tarik balik sekatan internet di Papua

Tarikh kemaskini: 06/09/2019
JAKARTA, 6 Sept -- Kerajaan Indonesia menarik balik sekatan terhadap perkhidmatan internet yang dikuatkuasakan akibat rusuhan tercetus di wilayah Papua dan Papua Barat yang meragut tiga nyawa manakala beberapa lagi cedera, lapor agensi berita Xinhua.

"Kerajaan beransur-ansur menarik balik sekatan itu bermula Rabu malam di beberapa kawasan," jelas kenyataan Kementerian Maklumat dan Komunikasi.

Terdapat sepuluh kawasan masing-masing di wilayah Papua dan Papua Barat tertakhluk kepada sekatan itu.

"Kerajaan menggesa (semua pihak) agar tidak menyebarkan maklumat palsu, menghasut dan melakukan provokasi melalui media sosial, supaya sekatan terhadap perkhidmatan internet dapat ditarik balik sepenuhnya secepat mungkin," katanya.

Wilayah Papua dan Papua Barat dibelenggu satu siri protes yang bertukar kepada keganasan sejak 19 Ogos, mengakibatkan seorang askar dan dua orang awam terbunuh sementara ramai lagi cedera.

Keadaan itu memaksa pihak berkuasa keselamatan menghantar pasukan polis untuk membantu meleraikan rusuhan.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu