'Pelajar asing tanpa izin' diserbu imigresen [ 33m ago ]

Bekas presiden Zimbabwea, Robert Mugabe, meninggal dunia pada usia 95 tahun

Tarikh kemaskini: 06/09/2019
MOSCOW, 6 Sept -- Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, telah meninggal dunia pada usia 95 tahun, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan Presiden Emmerson Mnangagwa pada Jumaat.

"Dengan penuh duka cita saya umumkan pemergian pengasas dan bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe. Mugabe merupakan ikon pembebasan, seorang pan Afrikanis yang mendedikasikan hidupnya untuk membebaskan dan memperkasa rakyatnya.

"Sumbangan beliau terhadap sejarah negara dan benua kita tidak akan pernah dilupakan. Semoga rohnya tenang di sana," tulis Mnangagwa dalam akaun Twitter.

Mugabe berkhidmat sebagai presiden negara itu dari 1987 hingga 2017. Sebelum itu beliau memegang jawatan perdana menteri.

Mugabe meletak jawatan pada November 2017 selepas menerima tekanan daripada tentera dan parti pemerintah Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe-Barisan Patriotik (ZANU-PF).

Keputusan itu dibuat tidak lama selepas parlimen memulakan proses pemecatan terhadap beliau bagi mengakhiri pemerintahannya.

Mnangagwa, yang dicalonkan ZANU-PF untuk jawatan presiden, telah mengangkat sumpah sebagai pemimpin negara itu beberapa hari selepas peletakan jawatan Mugabe dan dipilih semula dalam pilihan raya umum pada Julai 2018 selepas meraih 50.8 peratus undi.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu