UiTM serah 116 permohonan akreditasi kepada MBOT [ 4m ago ]

Air Malta mulakan semula penerbangan terus ke Kaherah

Tarikh kemaskini: 06/09/2019
KAHERAH, 6 Sept -- Syarikat Air Malta menyambung semula perkhidmatan penerbangan terus ke Kaherah selepas 12 tahun digantung, kata Menteri Pelancongan Mesir Rania al-Mashat pada Khamis lapor agensi berita Xinhua.

"Kementerian berusaha untuk mempelbagaikan pasaran eksport pelancongan ke Mesir dan membuka pasaran baharu," kata al-Mashat dalam satu kenyataan.

Iberia Airlines Sepanyol juga mengumumkan hasrat untuk mengendalikan empat penerbangan terus setiap minggu antara Madrid dan Kaherah bermula awal Mac 2020, katanya.

Katanya, semakin banyak syarikat penerbangan antarabangsa menyediakan penerbangan terus ke Kaherah menggambarkan kempen promosi pelancongan memberikan impak positif.

Kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut punca Air Malta menggantung penerbangan terus ke Kaherah pada 2007 namun, laman web rasmi Al-Ahram Mesir mengatakan ia "disebabkan faktor ekonomi."

Susulan situasi negara semakin baik, Mesir giat memulihkan sektor pelancongannya yang terjejas sejak 2011 disebabkan keselamatan dan politik yang tidak stabil.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu