Fuziah: K'jaan mahu jadikan waqaf satu 'jenama dalam keluarga' [ 6h ago ]

Jerebu: Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tidak terjejas

Tarikh kemaskini: 08/09/2019
Gambar fail Bernama
KUCHING, 8 Sept -- Semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini masih berjalan seperti biasa walaupun keadaan jerebu melanda bandaraya ini bertambah buruk.

Menurut jurucakap di kaunter pertanyaan lapangan terbang itu, sehingga pukul 12 tengah hari ini, pihaknya belum ada dimaklumkan mengenai sebarang pembatalan penerbangan.

"Semuanya masih berjalan seperti biasa," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, sekiranya jerebu bertambah buruk lagi dan menjejaskan jarak penglihatan juruterbang berkemungkinan ada penerbangan terpaksa dibatal atau ditangguhkan.

Sehingga pukul 12 tengah hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sri Aman sedikit meningkat berbanding pukul 8.00 pagi, manakala Kuching dan Samarahan sedikit menurun, namun masih pada tahap sangat tidak baik.

Menurut Ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, Sri Aman mencatatkan bacaan IPU 236 berbanding 229, Kuching (225 berbanding 232) dan Samarahan (202 berbanding 213)

Enam lagi kawasan yang berada pada tahap IPU tidak sihat menunjukkan peningkatan bacaan dengan Sarikei (174 berbanding 164), ILP Miri (142 berbanding 137), Sibu (181 berbanding 161) dan Miri (155 berbanding 149), S K Baram (115 berbanding 107 dan Mukah (109 berbanding 101.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu