Polis Kemboja selamatkan wanita warga Thailand ditahan sebagai tebusan oleh 4 rakyat Malaysia [ 6h ago ]

Mayat lelaki ditemukan terapung berhampiran jeti feri di Paradom

Tarikh kemaskini: 08/09/2019
SIBU, 8 Sept -- Satu mayat lelaki telah ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Rajang, berhampiran sebuah jeti feri di Paradom pada 9.20 pagi hari ini.

Mayat lelaki yang sudah kembung dan berulat itu, ditemukan orang ramai yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis.

Tidak dapat dipastikan mayat itu adalah warga tempatan atau asing, namun polis dalam siasatan awal mendapati, mayat itu bertatu pada betis kanannya.

“Selain tidak mempunyai tangan dan kaki kiri, mayat tidak mempunyai sebarang kesan cedera yang kemungkinan adalah akibat perbuatan jenayah,” kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dan kes itu diklasfikasi sebagai laporan mati mengejut, sehingga keputusan bedah siasat diperolehi.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu