Imigresen tahan 14 warga asing langgar peraturan di Pulau Pinang [ 46s ago ]

Mayat tekong bot dijumpai nelayan

Tarikh kemaskini: 08/09/2019
PELABUHAN KLANG, 8 Sept -- Mayat seorang tekong bot nelayan tempatan yang dilanggar kapal dagang semalam dijumpai oleh nelayan di kedudukan kira-kira 14.2 batu nautika barat Pulau Carey pada pukul 10.10 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan dari pemilik bot berkenaan memberitahu bahawa mayat tekong itu telah ditemui oleh beberapa nelayan yang sedang memancing ikan di kawasan berkenaan.

"Mangsa, Chua Keng Choon, 32, telah dibawa oleh KM Danga kemudian dipindahkan ke Bot Peronda Bomba untuk dibawa ke Jeti Nelayan Tongkah.

"Mayat berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi carilamat ditangguhkan pada pukul 7.00 petang hari ini dan akan diaktifkan semula pada pukul 7.00 pagi esok bagi mencari seorang awak-awak warga Myanmar yang masih hilang.

--BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu