Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 6h ago ]

‘Direct Lending’ Membuka Peluang Untuk Pinjaman Selamat Dan Berpatutan

Tarikh kemaskini: 10/09/2019
‘Direct Lending’ menawarkan platform pinjaman peribadi digital khas untuk mereka yang tidak layak mohon pinjaman bank


KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Menurut Laporan Bank Dunia mengenai Penyertaan Kewangan di Malaysia (Mei 2017), hanya 25% daripada golongan dewasa dan 15% dalam golongan B40, mempunyai pinjaman bank. Pilihan perkhidmatan kewangan adalah terhad kepada mereka yang bekerja keras tapi permohonan pinjaman mereka ditolak oleh pihak bank, dan tidak lupa juga berita gempar mengenai penipuan pinjaman yang berleluasa ataupun pemberi pinjaman tidak berperikemanusiaan yang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kesempitan.

Berlandaskan misi untuk mengatasi masalah sosial tersebut, Hui Yik Seong, seorang bekas pekerja bank, menubuhkan Direct Lending Sdn Bhd (Direct Lending) pada tahun 2016. Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian di Malaysia yang membolehkan peminjam yang tidak memenuhi syarat pinjaman bank untuk membuat pencarian, perbandingan, permohonan dan kelulusan bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka dengan cara cepat, mudah, selamat, dan berpatutan. Pembiayaan di platform Direct Lending adalah ditawarkan oleh institusi kewangan yang diiktiraf, badan koperasi serta syarikat pinjaman, direka khas untuk kakitangan kerajaan dan swasta. Rakan niaga pertama Direct Lending adalah RCE Marketing Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu