Polis Kemboja selamatkan wanita warga Thailand ditahan sebagai tebusan oleh 4 rakyat Malaysia [ 6h ago ]

SAS umum pengagihan pendapatan interim pertama 2.40 sen seunit

Tarikh kemaskini: 10/09/2019
KOTA KINABALU, 10 Sept -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan interim pertama Saham Amanah Sabah (SAS) bagi tahun 2019 sebanyak 2.40 peratus atau 2.40 sen seunit yang diperoleh daripada pendapatan kasar berjumlah RM36,017,587 setakat 6 September lepas.

Beliau berkata jumlah itu menghasilkan kadar pulangan pendapatan sebanyak 7.41 peratus berdasarkan nilai aset bersih SAS pada 2 Januari lalu iaitu RM0.3240 dengan membabitkan wang tunai sejumlah RM29,552,976.

Menurut Mohd Shafie jumlah bersih itu adalah berdasarkan kepada bilangan unit SAS yang dipegang oleh para pelabur sebanyak 1,231,374 pada 6 Sept 2019.

“Ini merupakan langkah yang cukup baik dan saya yakin ini menampakkan keupayaan SAS diurus dengan baik dan juga pada masa akan datang. Walaupun menghadapi masalah ekonomi, tetapi SAS mampu mengurus dengan memberikan dividen 2.4 peratus.

“Jumlah itu cukup memuaskan walaupun dalam kekangan ekonomi yang tidak menentu bukan hanya pasaran tempatan dan luar negara tetapi keupayaan saham Sabah mengagihkan dividen ini cukup menggalakkan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pengagihan dividen tersebut di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini.

Mohd Shafie yang juga merupakan Menteri Kewangan Sabah berkata pengagihan pendapatan interim itu akan dibayar kepada 50,264 pelabur terdiri daripada 42,746 atau 85.04 peratus pelabur individu, pelabur dibawah skim Projek Pembangunan Rakyat Termiskin 7,317 (14.56 peratus), pelabur melalui pinjaman 151 (0.30 peratus) dan pelabur korporat 50 (0,10 peratus.

Beliau berkata sejak beroperasi 25 tahun lepas, SAS telah mengagihkan pendapatan tunai sebanyak 22 kali melibatkan pembayaran sejumlah RM643,231,647 atau 90.57 sen seunit atau 90.57 peratus termasuk pengagihan berbentuk unit pelaburan semula pada kadar 0.40 sen seunit (0.40 peratus).

-- BERNAMA










       Berita Utama Terdahulu