Kim raih gelaran sulung ADT pada Kejohanan PGM MNRB [ 45m ago ]

Lung Ambition Alliance merasmikan inisiatif baharu untuk melanjutkan jangkaan hayat pesakit kanser paru-paru di Persidangan Kanser Paru-paru Dunia

Tarikh kemaskini: 10/09/2019
BARCELONA, Sepanyol, 10 Sept (Bernama) -- Hari ini, di Persidangan Dunia IASLC tentang Kanser Paru-Paru, empat rakan kongsi pengasas Lung Ambition Alliance – Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (International Association for the Study of Lung Cancer, IASLC), Guardant Health, Gabungan Kanser Paru-paru Global (Global Lung Cancer Coalition, GLCC) dan AstraZeneca mengumumkan pelancaran beberapa inisiatif baharu bagi menyokong matlamat mereka untuk menggandakan jangkaan hayat 5 tahun menjelang tahun 2025.

Giorgio Scagliotti, Presiden IASLC berkata, “Kami telah melakukan kemajuan yang hebat hanya dalam dua bulan sejak mengumumkan penubuhan Lung Ambition Alliance. Inisiatif baharu Pakatan ini seperti Inisiatif dalam Penjagaan Kanser Paru-paru (ILC²), memaparkan matlamat bersama untuk berinteraksi dengan komuniti global dan menggalakkan penyelesaian yang bercita-cita dalam negara yang berpotensi mengubah penjagaan pesakit dan meningkatkan jangkaan hayat bagi kanser paru-paru.”



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu