MED kenal pasti enam syarikat utama baharu Program Pembangunan Vendor [ 6h ago ]

Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera Telah Diadakan Di Xiamen Untuk Meningkatkan Pertukaran Maklumat

Tarikh kemaskini: 10/09/2019
XIAMEN, China, 10 Sept (Bernama) -- Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera (SRMF), yang dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian, bermula pada 7 September di Xiamen. Di bawah tema “berkongsi kemakmuran melalui kerjasama dan kesambungan”, forum itu mengumpulkan ratusan peserta dari beberapa negara termasuk China, Mesir, Jepun, Filipina, Singapura, Serbia dan sebagainya.

Forum dua hari itu bertujuan untuk menggalakkan kesambungan bagi pengangkutan maritim di sepanjang Jalan Sutera Maritim Abad ke-21. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama di dalam industri pelabuhan dan perkapalan yang berkaitan dengan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 dan bagi meningkatkan liberalisasi dan pemudahan pelaburan dan perdagangan.





Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu