Thailand umum 4 dan 5 Nov cuti umum sempena Sidang Kemuncak ASEAN [ 40s ago ]

B&B Labs lancar penyelesaian untuk rawat empat peringkat jerawat

Tarikh kemaskini: 11/09/2019

KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Jenama kosmeseutikal Asia, B&B Labs baru-baru ini melancarkan barisan produk antijerawat berasaskan tumbuhan terbarunya untuk menangani empat peringkat jerawat.

Peringkat 1 terdiri daripada bintik putih, bintik hitam dan jerawat kecil manakala Peringkat 2 melibatkan masalah 'breakouts’, pustula dan papula yang lebih kerap pada kulit wajah.

Pada peringkat 3, terdapat inflamasi, pustula, papula dan nodul yang ketara dengan bentuk jerawat paling teruk berlaku pada Peringkat 4.

Menurut pengasas bersama B&B Labs, Julius Lim, barisan produk itu membasmi bakteria yang menyebabkan jerawat, mencegah '’breakouts'’ selanjutnya, dan mencerahkan tanda dan parut hitam dan pada masa yang sama mengurangkan inflamasi kulit, kemerahan dan tempoh penyembuhan.

Dalam kenyataan, B&B Labs berkata produk itu menggabungkan sains farma-derma terkini dengan pelbagai tumbuhan di Asia dan ekstrak herba.

Di samping mempunyai barisan produk paling berdedikasi untuk rawatan jerawat dalam industri, penyelidikan dan pembangunan secara besar-besaran telah dijalankan untuk mengkaji punca menyebabkan jerawat dan menghasilkan formulasi kosmeseutikal yang amat mujarab.

Barisan antijerawat baharu itu terdiri daripada Beetroot Betaine Hybrid Mask-Cleanser, Black Tea Blemish Banish Serum, Blemish Control Clarifying Cream-In-Gel dan Express Blemish Spot Away Solution.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://bb-labs.com

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu