Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tersenarai dalam pencalonan Oscar 2020 [ 2h ago ]

Artbox Malaysia 2019 sedia lebih 300 gerai pameran

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Artbox Malaysia 2019 kembali lagi ke Malaysia dan akan menyediakan lebih 300 gerai pameran bermula 13-15 Sept ini.

Acara itu yang dianjurkan syarikat pengurusan acara, Invade, diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana pemilihan unik usahawan tempatan dan peruncit kreatif serta diadakan dalam kontena perkapalan logam.

Tahun lepas ia menarik lebih 350,000 pengunjung.

Acara itu merupakan edisi kedua Malaysia dengan tema ‘Artbox Malaysia: Assemble.’

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Invade Industry Singapore Kent Teo berkata acara itu akan membawakan pelbagai idea menarik bagi masyarakat Malaysia.

"Kami berharap untuk dapat melihat penggemar makanan sekali lagi mengalami detik-detik yang tidak dapat dilupakan bersama kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara itu yang turut disertai foodpanda adalah bertujuan untuk menyediakan platform bagi insan kreatif dan artis tempatan untuk mempamerkan bakat mereka di samping memberi peluang kepada pengunjung merasai makanan lazat, menyertai permainan dan aktiviti interaktif lain.

Artbox Malaysia 2019 yang diadakan di ruang Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway City itu akan bermula pukul 3 petang hingga 11 malam dan masuk adalah percuma.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu