TFC gagal manfaat laman sendiri pada aksi suku akhir menentang JDT [ 8h ago ]

LeddarTech Bekerjasama Dengan Westfield Di AutoSens Brussels Pada 17-19 September 2019

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
QUEBEC CITY, 11 Sept (Bernama) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan auto and mobility LiDAR platform™ paling serba boleh dan boleh skala, mengumumkan penyertaannya dalam acara AutoSens Brussels dari 17-19 September 2019.LeddarTech akan membuat pameran bersama dengan Westfield Technology Group, peneraju pembekal kenderaan ulang-alik tanpa pemandu yang berpusat di UK, dan akan mempamerkan penyelesaian LiDAR berkeadaan pepejal 3D terkini LeddarTech untuk kenderaan ulang-alik berautonomi dan kenderaan berautonomi lain, LeddarTM Pixell.

LeddarTech® dan Westfield membuat pameran di Brussels Autoworld Museum yang terkemuka di dunia

“LeddarTech® menantikan acara ini di Brussels dan peluang untuk melancarkan Leddar™ Pixell kami secara rasmi di Eropah.Acara ini akan mempamerkan penyelesaian mobiliti LiDAR kami yang dibina pada asas teknologi Leddar™ berpaten yang membolehkan platform automatif dan mobiliti kami”, kata Adrian Pierce, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Global di LeddarTech.“Acara ini amat istimewa pada tahun ini kerana pelanggan kami, Westfield akan membuat pameran bersama LeddarTech.Ini peluang bagi pengunjung untuk melihat POD Westfield dengan teknologi LiDAR berkeadaan pepejal yang disepadukan.”Adrian Pierce membuat kesimpulan.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu