TFC gagal manfaat laman sendiri pada aksi suku akhir menentang JDT [ 7h ago ]

OIC akan adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
JEDDAH, 11 Sept -- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam waktu terdekat untuk membincangkan mengenai kenyataan Perdana Menteri Israel yang mahu mengilhakkan Lembah Jordan, lapor agensi berita Anadolu.

Pada Selasa Netanyahu mencetuskan kontroversi menerusi ucapannya semasa mengadakan kempen pilihan raya.

Netanyahu berkata Israel akan memberikan kedaulatan ke atas Lembah Jordan dan penempatan lain di Tebing Barat andai beliau memenangi pilihan raya yang akan diadakan pada 17 September itu.

Setiausaha Agung OIC Yousef bin Al-Othaimeen mengutuk sekeras-kerasnya hasrat Netanyahu itu.

Katanya, "kenyataan berbahaya ini adalah satu lagi pencerobohan terhadap hak rakyat Palestin".

Beliau berkata mesyuarat berkenaan akan membincangkan mengenai langkah politik dan undang-undang yang mungkin boleh diambil untuk menentang pencerobohan baharu oleh rejim zionis itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu