TFC gagal manfaat laman sendiri pada aksi suku akhir menentang JDT [ 7h ago ]

Iran: tiada rundingan selagi AS tidak tarik balik sekatan

Tarikh kemaskini: 12/09/2019
TEHRAN, 12 Sept -- Utusan Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Majid Takht-e Ravanchi berkata negara itu tidak mungkin akan mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) kecuali sekatan anti-Iran ditarik balik, lapor agensi berita Xinhua.

"Tiada ruang untuk berbincang selagi sekatan ekonomi yang disifatkan kejam dikenakan pentadbiran AS terhadap rakyat dan negara Iran ditarik balik," kata Takht-e Ravanchi pada Rabu.

Andai sekatan dihapuskan, sebarang rundingan akan dilakukan di bawah rangka kumpulan P5 + 1 - terdiri AS, United Kingdom, Perancis, China, Rusia serta Jerman - merangkumi perjanjian nuklear dengan Iran, ujarnya.

Minggu lepas, Presiden Iran Hassan Rouhani menegaskan penarikan balik sekatan menjadi prasyarat bagi membolehkan rundingan diadakan.

Utusan itu berkata Washington juga perlu kembali semula kepada perjanjian nuklear Iran dan melaksanakan kewajipannya di bawah perjanjian itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu