Potensi industri pelancongan Malaysia belum diterokai sepenuhnya - Marriott International [ 22m ago ]

Perdana Menteri Kerajaan Tonga meninggal dunia pada usia 78 tahun

Tarikh kemaskini: 12/09/2019
MOSCOW, 12 Sept -- Perdana Menteri Kerajaan Tonga, Akilisi Pohiva, meninggal dunia di New Zealand pada usia 78 tahun, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media nasional pada Khamis.

Pohiva meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Auckland, New Zealand di mana beliau mendapat rawatan untuk penyakit radang paru-paru, lapor media Tonga, Kaniva, memetik kenyataan Penasihat Media Perdana Menteri Lopeti Senituli.

Menurut stesen penyiar Radio New Zealand, Pohiva telah menerima rawatan di Auckland pada awal tahun ini.

Pohiva telah memegang jawatan perdana menteri Kerajaan Tonga sejak 2014.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu