MED kenal pasti enam syarikat utama baharu Program Pembangunan Vendor [ 7h ago ]

SME Corp galak digitalisasi dalam kalangan PKS dengan sesi pembentangan idea teknologi

Tarikh kemaskini: 12/09/2019
KUALA LUMPUR, 12 Sept -- SME Corporation Malaysia akan mengadakan sesi pembentangan idea teknologi pada Persidangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Masa depan 2019 yang akan datang bagi menggalakkan digitalisasi dalam kalangan PKS.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Noor Azmi Mat Said berkata PKS boleh membincangkan secara langsung dengan penyedia teknologi untuk kemungkinan menjalin kerjasama sekiranya teknologi sesuai dengan operasi mereka.

“Sebagai contoh, sesetengah PKS mungkin telah terlibat dengan pembuatan pintar. Dengan menghadiri sesi ini, mereka boleh belajar bagaimana untuk meningkatkan operasi mereka dengan menggunakan deria dan akhirnya menjalankan perniagaan mereka dengan Objek Rangkaian Internet (IoT).

“Mereka akan dapat belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan hanya melabur wang pada apa yang diperlukan. Kami tahu PKS akan ketakutan dengan idea pelaburan wang yang banyak dalam teknologi, itulah sebabnya mereka mesti mengalami teknologi ini untuk diri mereka sendiri,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Persidangan PKS Masa Depan 2019.

Beliau berkata kira-kira 30 pembekal teknologi akan mendirikan ruang pameran pada persidangan itu dan SME Corp menjangkakan persidangan yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Okt itu akan dihadiri lebih 500 PKS.

Dengan tema ‘Kejuruteraan Masa Depan’, Noor Azmi berkata persidangan itu juga akan mengetengahkan sesi perkongsian dengan para profesional industri, perbincangan ketika makan tengah hari dan menjalin rangkaian dengan peneraju industri.

Antara tajuk yang akan dibentangkan ialah Model Perniagaan PKS ASEAN Masa Depan, Superkluster Pengangkutan Masa Depan, Pekerjaan yang Berpandangan Jauh Dalam Era Digital, Penerapan Teknologi Masa Depan, dan Pertumbuhan daripada Teknologi Dipacu Kecerdasan Buatan (AI) oleh penceramah daripada Huawei, Axiata, Airbus Malaysia, Aerodyne Ventures Sdn Bhd, dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC)

Noor Azmi berkata persidangan itu bertujuan untuk mempersiapkan mentaliti PKS tempatan untuk masa depan serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

“Teknologi baharu akan bermakna model perniagaan baharu, industri baharu dan nama pekerjaan baharu. Kata kunci untuk dua atau tiga tahun akan datang ialah teknologi penumpuan.

“Ketika ini kita boleh melihat adanya ahli sains data, di mana individu ini mesti mempunyai pengetahuan dalam empat bidang seperti statistik, pengaturcaraan, sains asas dan kejuruteraan. Ini adalah contoh jelas tentang keperluan penumpuan pengetahuan,” tambahnya.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu