Polis Kemboja selamatkan wanita warga Thailand ditahan sebagai tebusan oleh 4 rakyat Malaysia [ 1h ago ]

Jerebu: 265 sekolah lagi ditutup di Perak

Tarikh kemaskini: 18/09/2019
IPOH, 18 Sept -- Sebanyak 265 sekolah lagi di daerah Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Perak Tengah ditutup pagi ini, menjadikan keseluruhan 288 sekolah ditutup di Perak.

Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata kesemua sekolah itu ditutup hari ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencecah 202 pada 5 pagi tadi, iaitu pada tahap sangat tidak sihat.

“Penambahan sebanyak 265 sekolah hari ini dibuat berdasarkan bacaan IPU di stesen Seri Manjung.

“Seri Manjung hari ini mencatatkan trend bacaan IPU yang meningkat sejak pukul 3 pagi tadi iaitu 206 namun ia berkurangan kepada 197 setakat 7 pagi ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 23 sekolah di daerah Manjung dan Hilir Perak ditutup berikutan bacaan IPU mencapai tahap tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu