Polis Kemboja selamatkan wanita warga Thailand ditahan sebagai tebusan oleh 4 rakyat Malaysia [ 1h ago ]

Jerebu: 162 sekolah Pulau Pinang ditutup

Tarikh kemaskini: 18/09/2019
GEORGE TOWN,18 Sept -- Keadaan jerebu di Pulau Pinang semakin teruk khususnya di daerah-daerah Barat Daya dan Timur Laut yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sangat tidak sihat hari ini, memaksa penutupan sementara 162 buah sekolah .

Pemangku Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad mengesahkan penutupan itu kepada Bernama melibatkan 51 buah sekolah di daerah Barat Daya yang mencatatkan IPU 225 dan 111 buah sekolah di daerah Timur Laut yang IPUnya 203.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh memberitahu arahan penutupan sekolah di Barat Daya dikeluarkan Jabatan Pendidikan negeri pada pukul 7.20 pagi selepas IPU 204 dicatatkan.

"Pihak sekolah telah memaklumkan penutupan sekolah kepada ibu bapa pelajar-pelajar dan mereka di benarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya .

Katanya IPU di kawasan Balik Pulau semakin meningkat iaitu 211 pada pukul 8 dan 218 di rekodkan pukul 9 pagi hari ini manakala kawasan Minden Pula 197 iaitu hampir mencecah sangat tidak sihat ketika ini.

Menurutnya dua lagi kawasan di negeri ini yang mencatatkan tahap tidak sihat adalah Seberang Jaya (IPU 149) dan Seberang Perai (IPU 156) sehingga pukul 10.00 pagi tadi.

-- BERNAMA


Golongan ibu bapa hadir ke Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Rampai untuk mengambil anak-anak pulang berikutan penutupan sekolah akibat jerebu pada 18 Sept. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan melebihi 200 iaitu tahap sangat tidak sihat. Indeks Pencemaran Udara di kawasan Balik Pulau semakin meningkat iaitu 211 pada pukul 8 dan 218 di rekodkan pukul 9 pagi manakala kawasan Minden 197 iaitu hampir mencecah sangat tidak sihat ketika ini dan dua lagi kawasan iaitu Seberang Jaya dan Seberang Perai mencatatkan IPU 144 dan 149 pada pukul 9 pagi iaitu tidak sihat. -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA






       Berita Utama Terdahulu