Hilang IC: wanita buat laporan palsu elak didenda - polis [ 1h ago ]

Aeon Big raikan ulang tahun ketujuh

Tarikh kemaskini: 28/09/2019
KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Aeon Big (M) Sdn Bhd mengumumkan satu sambutan selama 96 hari bertemakan ‘7th Wonderful Anniversary’ dengan slogan ‘Menyambut Kejayaan Kami bersama Anda’ bagi menyambut ulang tahun mereka yang ketujuh.

Pengarah Urusan AEON BIG, Masayoshi Masuda berkata, tujuh tahun yang lepas telah menjadi sesuatu yang menarik dan ia tidak akan dapat dicapai tanpa keyakinan dan sokongan daripada kakitangan, pelanggan dan rakan perniagaan.

“Ini adalah satu masa yang penting bagi kami, untuk menunjukkan di mana kami pernah berada dan ke mana kami mahu tuju di masa hadapan. Bukan hanya perjalanan itu sahaja yang penting, tetapi dengan siapa perjalanan ini dilakukan bersama,” katanya ketika melancarkan kempen itu di sini hari ini.

Sementara itu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, AEON BIG telah memainkan peranannya sebagai pemegang taruh kepada kementerian dengan satu inisiatif mengecualikan bayaran penyenaraian kepada industri kecil dan sederhana, bagi membolehkan produk mereka diletakan di kedai mereka dan menawarkan terma bayaran 30 hari berbanding 60 hari.

“Ini satu inisiatif yang bagus dimainkan oleh satu pemain industri besar dalam pasaran dan kita perlu usaha seperti ini bagi dimanfaatkan oleh pemain industri kecil dan sederhana dan juga pengguna,” katanya.

Bagi menunjukkan penghargaan kepada pelanggan, AEON BIG menganjurkan pertandingan ‘Win Big’ dan ‘Fly Big’ dari 27 Sept hingga 31 Dis di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM500,000 termasuk kad hadiah AEON BIG, alat elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, TV LED, dan baucer perjalanan untuk dua orang yang bernilai RM30,000 setiap satu.

AEON BIG juga menawarkan harga ‘unik’ bermula dengan nombor ‘tujuh’ seperti 0.70sen, RM7, RM70 dan pembelian unit kedua dengan diskaun 70 peratus.

Sementara tujuh pelanggan pembeli tertinggi kedai dalam talian AEON BIG di Shopee, akan menerima mesin basuh Toshiba 9 kilogram bernilai RM1349.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu