Hilang IC: wanita buat laporan palsu elak didenda - polis [ 2h ago ]

Affin Bank raih anugerah Best SME Banking Initiative for Start-Up

Tarikh kemaskini: 03/10/2019
KUALA LUMPUR, 3 Okt -- Affin Bank Bhd meraih Best SME Banking Initiative for Start-Up di bawah Kategori Anugerah Perbankan Anugerah Kewangan Antarabangsa 2019 oleh majalah International Finance yang berpangkalan di United Kingdom.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata bank menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan utama dan pengantara yang memudahkan kemasukan syarikat pemula niaga dalam pasaran dengan menawarkan cadangan permulaan yang menyeluruh dengan penyelesaian daripada urus niaga, perlindungan, pembiayaan dan sokongan nasihat.

“Cadangan kami membolehkan syarikat pemula niaga melalui perjalanan rangkuman kewangan, pemilikan dan sokongan.

“Sebagai amat komited dan perintis dalam segmen ini dalam kalangan bank-bank komersial, kami akan terus meningkatkan cadangan segmen Syarikat Pemula Niaga kami sebagai rakan perbankan yang penting dalam kitaran hayat syarikat pemula niaga,” katanya.

Anugerah Kewangan Antarabangsa, yang dianjurkan oleh International Finance Publications Ltd, mengiktiraf tenaga kerja industri, kemahiran kepimpinan, nilai bersih industri dan keupayaan di platform antarabangsa, terutamanya di Asia dan Eropah.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu