Keadaan kesihatan ratu irama Bollywood, Lata Mangeshkar stabil [ 6m ago ]

Letakkan kerja penyelidikan sebagai agenda penting - KP Pelajaran

Tarikh kemaskini: 03/10/2019
KENINGAU, 3 Okt -- Warga pendidik perlu meletakkan kerja penyelidikan sebagai agenda penting dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan di negara ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Menurut beliau penyelidikan merupakan tunjang kepada pembangunan dan perkembangan tamadun manusia, justeru eksplorasi hasil kajian mampu untuk menyerlahkan realiti sesuatu situasi dalam penyelesaian pelbagai isu.

“Sebagai warga pendidik, guru perlu berani menyelidik dan menghasilkan sesuatu yang baharu dan bermanfaat untuk mengatasi sebarang masalah.

Jangan takut untuk berubah, kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik akan tetapi pastinya akan memperolehi sesuatu yang lebih baik untuk masa depan negara,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian dan Penutupan Seminar Penyelidikan Zon Sabah di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Jais Siarus.

Seminar dua hari dan berakhir hari ini membentangkan 31 kertas kerja penyelidikan melibatkan 43 pembentang dihadiri 200 peserta daripada kalangan pendidik di negeri ini.

Amin berkata keperluan memperkasakan penyelidikan khususnya dalam kajian berasaskan pendidikan alaf baharu semakin ketara bagi menyahut pelbagai cabaran masa kini.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu