'Acar temu' Mek Yah laris kerana khasiatnya [ 9m ago ]

Terokai Dunia Secara Lebih Luas Dengan Peluang Eksklusif Perjalanan Global Sekali Seumur Hidup VistaJet

Tarikh kemaskini: 07/10/2019
NEW YORK, 7 Okt (Bernama) -- VistaJet, syarikat penerbangan persendirian global yang pertama dan tunggal hari ini mengumumkan pelancaran VistaJet World yang menawarkan portfolio menyeluruh bagi pengembaraan unik dan berbilang hentian yang diperibadikan mengikut minat Ahli. Untuk menyambut ulang tahun ke-15 syarikat, program ini menampilkan 15 perjalanan eksklusif untuk mengalami lokasi paling terpencil dan pengembaraan mengujakan di seluruh dunia.

Memandangkan populasi UHNW global dijangka meningkat sebanyak 41% dari tahun 2017 sehingga 2022[1], permintaan bagi perkhidmatan, layanan diperibadikan dan keistimewaan pengalaman akan terus meningkat. Penyelidik VistaJet mendapati pilihan dan keutamaan pengguna yang berubah-ubah mentakrifkan semula konsep perjalanan global yang kini dianggap tumpuan kedua paling diminati untuk perbelanjaan pertimbangan[2]. Penghargaan yang tinggi terhadap budaya yang berbeza dan keutamaan merasai pengalaman berbanding membeli-belah telah menarik minat pengembara UHNW untuk mencari pengalaman yang lebih bermakna memandangkan 20% pengembara jet persendirian melakukan sekurang-kurangnya satu perjalanan pengalaman setiap tahun[3].



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu