Jadi pengganggu teknologi yang baik, kata Suriani [ 49m ago ]

Pertemuan PPZ-MAIWP Bersama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi

Tarikh kemaskini: 08/10/2019
DOHA, Qatar, 8 Okt (Bernama) -– Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menapak satu langkah kehadapan untuk menerbitkan buku terjemahan Fiqhul Zakat karangan Prof. Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi ke arah menjayakan pengurusan zakat model Malaysia. Ia merupakan usaha berterusan ke arah menjadikan PPZ-MAIWP sebagai satu institusi pengurusan zakat yang terulung dan mantap dari aspek perkhidmatan zakat secara praktikal seterusnya menggalakkan perkembangan ilmu zakat.

Prof. Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi menasihatkan agar umat Islam sentiasa menambah baik taraf kehidupan dengan ilmu pengetahuan dan berusaha menegakkan syariat Allah S.W.T serta menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian. Di dalam pertemuan tersebut juga, mereka sempat membincangkan hal-hal berkaitan zakat serta bertukar buah fikiran bagi memerkasakan pengurusan institusi zakat di Malaysia.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu